2. Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting bila usia semakin tua.
3. Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu.
4. Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.
5. Apabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.
6. Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.
7. Percayailah cinta pandang pertama.
8. Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.
9. Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.
10. Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.
11. Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.
12. Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.
13. Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"
14. Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.
15. Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.
16. Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
17. Berpeganglah kepada tiga R: Rasa hormat pada diri sendiri; Rasa hormat kepada orang lain; Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda.
18. Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.
19. Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.
20. Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.
21. Adaketikanya anda perlu bersendirian.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
diambil dr forward email, kredit utk penulis asal
Monday, 24 September 2007
Nasihat Yang Baik
1. Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.
Thursday, 13 September 2007
The Beginning of Ramadhan..
Today is the 1st day of Ramadhan 1428 Hijrah, and the 4th Ramadhan for me in Germany and probably the most challenging.
Sebelum ini, Ramadhan datang pada waktu Winter, so we have a very nice n short day, sahur pukul 6 pagi dan berbuka pukul 5 ptg, tapi sekarang Ramadhan datang at the end of Summer, berpuasa di Germany seakan-akan berpuasa di Malaysia.
Hopefully Ramadhan kali ini berbawa 1001 keberkatan dan rahmat dan I really hope this will be my last Ramadhan for me as a student and last Ramadhan in Germany.
Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam...
from Bakadasu, Germany.
Subscribe to:
Posts (Atom)
