Friday, 24 October 2008

Jodoh


Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah ter silap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata? Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

Seorang teman pernah berpesan..
"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.
Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada...

--------------------------------------------
taken from forward E-Mail.

8 comments:

nisya-chan said...

wah..syahdu..
huhu

Anonymous said...

matlamat perkahwinan adalah mahabbah wa rahmah. utk ke arah itu, byk aspek yg hrs diambil kira.kesabaran itu tangga kejayaan, kebahagiaan menuntut pengrbanan. mungkin kita hrs berkorban dan terkorban utk meniti kebahagiaan. walau kita terguris hati, tp yg pasti, ada hikmah yg menanti kerana perancanganNYA lbh teliti. Justeru, jgn pernah putus harap kpdNYA. bersama kita berdoa utk kebahgiaan kita semua.-hud

Anonymous said...

answer all my questions before this. thanks

ZzLn said...

you were indeed so right about it.
there is one thing that i learned after if it went wrong. life goes on.


p/s: u probably know who am i.
:)

ZzLn said...

its good that u still remember me.
life changes so tremendously.
hows urs?

ZzLn said...

its good that u still remember me.
life changes so tremendously.
hows urs?

ZzLn said...

been figuring out how to drop my number without publishing it. im no longer using friendster tho. well maybe u can drop urs in my blogspot. no longer using Ym. puasa sebentar. :)

alia said...

hi bro..wah, sudah jumpe meh :). ade blog rupenye. well, just thinking about wat u told me this morning and days ago. its true, memang sakit if i were u. have that kind of experience before. hey but look around u. u have frens, i mean *us* to talk with and u can share anything with us. we'll stand for u during your ups and downs. takmo sedih2 maaaa. JODOH bukan di tangan kita. semua dah tersurat di tangan-Nya. and remember 1 thing..bila u happy, u akan buat semua kawan2 u senang hati especially both of us. hidup Aizuddin..hoyea!! hoyea!!