Friday, 4 September 2009

Kes penipuan kad kredit

Teh menerima satu SMS pada 21/8/2009, 3.30 petang semasa di pejabat Putrajaya. SMS dari nombor 30XX (tak ingat) itu berkaitan: “AM Credit Card Center ask for transaction approval RM 3635. Please call 03- 269 XXXX(tak ingat) for further enquiry.” Teh tak ada transaction pada masa tu sebab waktu pejabat. Teh terus menelefon seperti arahan dalam SMS. Seorang lelaki Melayu (LM) mengambil panggilan saya dan berkata: “Am Bank Credit Card Center. Apa yang boleh saya boleh bantu?” Teh tanya maklumat selanjut berkaitan SMS yang diterima itu. Kemudian, LM cuba confirm nombor kad kredit Am Bank Islamic Master Gold, no. 5455 1932 8653 9021, sedang membuat transaction di Poh Kong Jewellery di KLIA. Teh memberitahu kad kredit tersebut bukan kepunyaan saya. LM menjawab itu mungkin berlaku kad kredit palsu dan kad ini masih hutang RM 5000+++. Kemungkinan maklumat peribadi Teh terbocor dan Teh perlu lapor kepada Bahagian Kad Kredit Palsu di Bank Negara. LM ”BAIK HATI” sangat, minta Teh tunggu sebentar, dia tolong transfer call ke Bahagian Kad Kredit Palsu di Bank Negara.

Kemudian, seorang lelaki India (LI) menjawab telefon, ”Bahagian Kad Palsu, apa yang boleh saya Bantu?” Teh mencerita semula apa yang berlaku. LI bercakap dengan nada yang serious dan tanya macam mana kes ini boleh berlaku. Kemudian, LI mula tanya saya ada urusan dengan bank apa? ATM dari bank mana? Kad kredit dari bank mana? FD, housing loan, car loan, insurance dengan pihak mana?....... ... LI kata semua ini akan membantu mencari punca mana kemungkinan berlaku bocoran maklumat peribadi. Kemudian , LI kata pihak Bank Negara akan membuka satu fail untuk penyiasatan dan nombor fail rujukan saya ialah PHFL 0306002. Pihak Bank Negara akan membuat satu ”Perjanjian Pengawalan Sementara”. Ini bermaksud Bank Negara akan menjalankan penyiasatan kes ini selama satu minggu. Dalam tempoh masa ini, Teh tidak boleh bagi tahu siapa-siapa untuk mengelakkan gangguan siasatan. Selepas itu, LI kata kes Teh akan serah kepada Pegawai yang bertanggungjawab. Pegawai tersebut akan membuat panggilan kepada saya dalam beberapa minit. Sebelum menerima panggilan daripada mereka, Teh tak boleh membuat panggilan atau menerima panggilan dari luar. Kemudian LI meletak telefon.

Selepas itu, seorang perempuan Cina (PC) membuat panggilan kepada Teh. PC kata namanya Chin (tapi bukan PZM kita). Untuk clarification, PC minta Teh bacakan nombor rujukan yang diberi tadi. Kemudian, minta Teh cerita semula apa yang sedang berlaku. Soalan yang ditanya pun lebih kurang apa yang ditanya oleh LI. Lupa bagi tau, walaupun PC cina juga, tapi cakap dengan Teh dalam bahasa Malaysia dan dalam nada yang serious juga. Kemudian, PC tanya Teh faham tak apa itu ”Perjanjian Pengawalan Sementara”? Kemudian minta Teh buat ringkasan apa yang Teh faham berkaitan dengan perjanjian tersebut.

Seterusnya, apa yang berlaku kemudian telah membuat saya rasa kesal sekali. PC kata :

1. Teh 3 hari tak boleh buat sebarang transaction , termasuk kad kredit, ATM, pass book dan online transaction. Tujuan 3 hari pertama untuk menyiasat sama ada Teh buat laporan palsu.
2. Selepas itu, pihak Bank Negara akan menyiasat kes ini dalam masa satu minggu dan akan menghantar laporan siasatan kepada Teh kemudian.
3. Dalam tempoh masa seminggu, sebarang transaction yang melebihi RM100, bank akan membuat panggilan kepada Teh untuk minta approval.
4. Sekarang, Bank Negara akan RESET Teh punya transaction history from all bank untuk memeriksa ”Si Penipu” mana lagi yang mengguna nama Teh.
5. Dalam tempoh masa seminggu ini, jika sebarang transaction berlaku bukan kepunyaan Teh atau kerugian berlaku, Teh boleh klaim dengan Bank Negara di bawah Lost Insurrance Warranty. Kemudian, PC mula tanya semua baki akaun berapa, hutang berapa...untuk mengelakkan klaim palsu.
6. PC tanya mana kad ATM yang aktif juga perlu ”Neutral” supaya orang lain tak boleh mengambil duit simpanan dalam bank. Tetapi, transaction ini mesti buat di ATM mesin. PC kata perlu pergi sekarang kerana Bank Negara habis kerja pukul 5.30 petang. (Setakat ini, Teh telah menggunakan masa 2 jam atas panggilan tersebut).
7. PC bagi h/p no. 010-2594568 dan minta call apabila sampai di ATM. PC kata procedur ini adalah “RAHSIA”. Apa yang sebenarnya berlaku bukan mengikut apa yang DINAMPAK pada skrin kerana Bank Negara sedang mengawal “NEUTRAL PROCEDURE” di Bank Negera.
8. Teh ikut apa yang PC suruh. Kemudian semua duit baki kepunyaan Teh transfer ke satu akaun nama Melayu, Baharudin bin Mohd. A.... (Maybank: 155014979195) . Apabila nama pada skrin, nama orang lain, Teh tanya pada PC. Dia kata:” Kan saya sudah cakap, apa yang sebenarnya berlaku bukan mengikut apa yang DINAMPAK pada skrin. Ini adalah prosedur mahkamah di bawah akta perlindungan aqset peribadi.”

Selepas itu, Teh telah ikat perut selama 14 hari, sehingga hari ini (3/9/2009). Teh rasa pelik mengapa bank tak call lagi untuk settle this case. Teh call the PC, telefon tidak dijawab. Kemudian Teh call Bank Negara (Nombor betul: 03-26988044) , baru dapati Bank Negara TAK ADA Bahgian Kad Kredit Palsu. Teh baru sedar Teh kena tipu. Seterusnya, Bank Negara minta Teh batalkan semua akaun simpanan, kad kredit, FD.......immediately, periksa jumlah kerugian kemudian pergi buat laporan polis.

Daripada pengalaman ini, Teh dapat belajar beberapa perkara dan ingin berkongsi dengan semua rakan:
1. KLIA tak ada Poh Kong Jewellery di KLIA
2. Bank tak akan transfer call ke Bank Negara
3. Semua kes penipuan tidak akan membuat laporan melalui telefon.
4. Sebarang masalah kewangan berkaitan akaun simpanan, kad kredit akan diuruskan di cawangan bank-bank berkenaan. Pihak bank tidak akan buat sebarang perbincangan selanjut melalui telefon.
5. Bank Negara
a. Tidak menguruskan sebarang kes penipuan. Semua penipuan diuruskan di Balai Polis berdekatan dengan tempat kejadian. Cth kes Teh berlaku di ATM Alamanda, jadi perlu lapor di Balai Polis Putrajaya.
b. Tidak berhak mengambil tahu maklumat peribadi seperti bank mana, baki berapa...... ....
c. Tiada sistem untuk melihat kita transaction history from all bank, hanya kita sendiri saja yang tahu.
6. Kalau terima SMS seperti ini, JANGAN buat panggilan pada nombor yang diberi kerana ”Penipu” menggunakan nombor panggilan lama pada pusat kad kredit atau menggunakan nombor telefon pusat kad kredit, tetapi akhir 2 digit atau 4 digit adalah berlainan. Jadi, kita perlu call nombor yang BENAR, biasa nombor sebenar kenan tunggu lama. Nak pilih bahasa, pilih jenis perkhidmatan, pin code, iklan....... baru sampai pegawai bertanggungjawab. Kalau panggilan itu cepat dijawab oleh ”Pegawai” , kemunginan besar itulah orang yang kita tak nak temui.
7. JANGAN baca sebarang nombor akaun simpanan, FD, kad kredit....dan sebagainya melalui telefon.
8. Walaupun transaction melalui ATM (transfer) pihak Bank kata, masih boleh BLOCK dalam tempoh masa 24 jam.
9. Kalau tak jelas/ tak tahu perkhidmatan teknologi terkini pada sesetengah bank tetapi diminta buat ini, buat itu, panggilan tersebut perlu HOLD terlebih dahulu, dan minta bantuan sepatut daripada orang lain.
10. Sekiranya, kebetulan kita dimaklumkan terlibat dalam sebarang kes penipuan. Jangan ambil tindakan seperti yang diminta. Buat panggilan semula kepada pusat kad kredit atau bank berkenaan to double or triple checking..

No comments: