Thursday, 3 January 2008

F i v e Y e a r s I n G e r m a n y

Hari ini aku secara official menghabiskan 5 tahun dari umur hidupku di bumi Germany. 5 tahun bukan satu jangkamasa yang sekejap. 5 tahun ialah umur anak2 dihantar ke tadika, dan 5 tahun ialah jangkamasa kite menghabiskan zaman sekolah menengah.

Aku masih lagi memegang title as a student. Tiada lagi achievement yang besar aku capai dalam hidup ini, dan sedar tak sedar umur aku sudah menjangkau 26 tahun ini dan aku masih lagi di bumi Germany, mencari ilmu Allah disini. Aku teringat akan diriku di zaman sekolah dulu, sering bermimpi akan apakah akan terjadi jikalau aku di umur aku ini. Mungkin aku yang dulu sedikit kecewa akan melihat aku yang sekarang.

Zaman berubah, manusia pun turut berubah. Aku sedar aku bukan lagi aku dahulu. Kawan2 aku kebanyakannya sudah berkerjaya, dan ramai yang sudah mendirikan rumahtangga, dan sudah ada yang mendapat cahaya mata. Aku? Aku insyallah akan menghabiskan masa 2008 untuk menyiapkan thesis aku yang baru beraper % berjalan, dan aku merancang untuk berkerja disini.

Aku teringat akan zaman semasa aku mula2 sampai di Germany. Itulah antara masa yang paling indah dalam hidup aku di bumi Germany ini. Masa itu aku still merasakan aku bermimpi. Tiada dalam impian akupun untuk aku sampai di bumi yg snow turun dan kabus keluar dari mulut. Dan aku masih ingat saat mula2 aku di Gummersbach, berdua dengan Khalid. Dan masa aku fail exam dan masa aku berputus asa. Saat2 itu banyak mengajar aku.

Jika aku diberi pilihan, aku rase aku still akan memilih untuk ke sini, walaupun aku tau aku akan end up as I'm right now. Kenape? Sebab waktu aku disini banyak belajar aku erti kehidupan, erti susah payah dan disini aku banyak belajar bukan sahaja tentang diri aku tapi tentang manusia.

Pengalaman aku 5 tahun disini aku akan ingat sampai mati...

1 comment:

Anonymous said...

saat2 berada di negara org memang amat indah....

sedar atau tidak....seperti pepatah org melayu sendiri...hujan emas di negara org...hujan batu dinegara sendiri....

tetapi...jika kita renung kembali...di mana bumi di pijak...di situ langit yg kt harus junjung....

yg mana lebih banyak mengenalkan kt pada dunia....yg itu kt harus junjung....

fikir2 kan lah....