Tuesday, 1 January 2008

Happy New Year

Berakhirlah tahun 2007 dan bermulah tahun 2008. Azam tahun baru? meyiapkan thesis dan menurunkan berat badan aku... maybe ada yang gelak akan azam aku tapi itu adalah harapan aku dan aku telahpun mengurangkan makan aku.

2007. Tahun yang banyak mengajar aku apa itu hidup dan perasaan, apa itu cinta dan kecewa dan tahun 2007 mengajar aku untuk belajar tentang apakan itu wanita dan perempuan. Aku tidak pernah terpikir satu event yang begitu memberi impak terhadap diri aku dan merubah aku menjadi aku yang lain.

Tapi aku berterima kasih, kerana aku mungkin tidak akan menjadi diriku sekarang jikalau tidak kerana itu. Dan aku berterima kasih kepada kawan2 aku, mendengar ceritaku dan bercerita kisahnya kepadaku. Aku banyak belajar tentang kehidupan. Benda2 ini banyak merubah perspektive aku terhadap perempuan dan relationship.

2007 juga merupakan tahun dimana paper terakhir aku sebagai student, tiada lagi exam untukku. Aku gembira kerana tahun 2008 insyallah merupakn tahun terakhir aku di bumi Germany, at least sebagai student.

Aku berharap 2008 memberi aku pengalaman yang lebih bermakna, merubah diriku menjadi orang yang lebih baik dan mendekatkan aku dengan Tuhan. dan tidak salah jika aku berharap 2008 ini aku akan berjumpa dengan someone special...

everyone, Happy New Year.

1 comment:

Anonymous said...

kekadang Allah menguji hambaNya dgn sst yang lain sebelum dia mngurniakan yang lebih baik..wish u all da best in yr 2008.;)